Posts

Showing posts from 2015

Step by Step for Application - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Image
Assalamualaikum.

Bila berkait dengan masa depan, nak tak nak kena fikir semasak yang mungkin. Disebabkan mengenangkan masa depanlah saya ambil keputusan untuk cuba-cuba memohon melanjutkan pengajian di peringkat sarjana atau master. Mulanya teragak-agak juga memandangkan kos pengajian bukannya seringgit dua. Mana dengan tak ada pendapatan yang tetap lagi. Maklah tak henti-henti pujuk untuk sambung sementara usia masih muda. Tunggu kerja pun tak dapat-dapat lagi.

Lalu saya mencuba nasib.


Nawaitu awal nak sambung sarjana pada mulanya sebab dah tak ada pilihan lain. Takkanlah nak terus menganggur sampai ke sudah? Dari terus menunggu sesuatu yang tak pasti, lebih baik cari peluang lain. Bila bermuhasabah sendirian, takkanlah nak menuntut ilmu sebab terpaksa dan tak ada pilihan lain? Cukuplah saya bazirkan lima tahun zaman undergraduate lepas itu ilmu langsung tak ada yang melekat di otak, hati apatah lagi. Dulu-dulu memang nak sambung master ialah impian saya. Tapi memikirkan isu kewangan…

Trend Pakaian Formal Wanita Terkini

Image
Assalamualaikum.
Each and every one of us tahu betapa pakaian sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Pakaian ini pula ada macam-macam jenis. Tambah pula peredaran zaman membuatkan fesyen turut berkembang. Kalau dulu orang cuma kenal tudung bawal, sekarang, you name it. Tenggiri, siakap, keli, belanak. Itu tak termasuk jenama-jenama pakaian berdasarkan nama artis. Tudung Neelofa, tudung Datuk CT, Fauziah Latiff, Ziana Zain (ada ke?), jubah Hafiz Hamidun, Fattah Amin (eh?).
Memandangkan si penulis blog ini bakal mencecah usia 24 tahun menjelang 2016, jadi untuk entri kali ini saya ingin bercerita tentang trend pakaian formal. Anda mesti tertanya-tanya, apa kaitan umur 24 tahun dengan nak cerita fasal pakaian formal? Tidakkah tebiat namanya? Sabar, sabar. Usia sebegini sememangnya sinonim dengan alam pekerjaan profesional, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru saja tamat pengajian di universiti. Masa dekat universiti, pakai baju apa ke kelas pun tak ada siapa kisah. Formal a…

Hari Jubah Saya (31st IIUM Convocation Ceremony 2015)

Image
Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam beberapa entri yang lepas, saya dengan suka dan citanya nak berkongsi pengalaman naik pelamin pentas sempena majlis konvokesyen saya. Alhamdulillah, tanggal 8 November yang lalu, akhirnya ditauliahkan jua sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemanusiaan dalam pengkhususan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan. Konvokesyen edisi ke-31 kali ini menyaksikan lebih 5000 graduan UIA menerima ijazah dalam bidang masing-masing, termasuklah bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Memandangkan sesi konvokesyen bagi kulliyyah saya berlangsung pada bahagian petang, saya dan keluarga bertolak dari hotel ke UIA sekitar jam sebelas pagi. Lepas makan tengah hari dalam keramaian makhluk di UIA pada waktu itu, saya pun bersiap-siaplah sarung jubah apa semua. Masya Allah jubah konvokesyen UIA sangat rumit, bertali dan berhud bagai. Hahaha. Bila dah siap, terus gerak ke Pusat Aktiviti Kebudayaan UIA untuk berkumpul bersama-sama den…

Tempah hotel atas talian tanpa kad kredit

Image
Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana caranya untuk menempah hotel online tanpa menggunakan kad kredit. Kita sedia maklumlah, tak semua orang ada kad kredit. Kad debit pun masih ramai yang tak tahu macam mana nak guna untuk transaksi atas talian. Biasanya takut kena tipu atau dipercaya sindiket yang suka hati mak nenek dia nak telan duit orang. Nak buat online transfer pun tak boleh sebab kebanyakan laman web tempahan hotel merupakan laman web luar jadi tak adalah bank-bank macam CIMB, Maybank seumpamanya.

Alkisahnya disebabkan majlis konvokesyen di UIA bakal menjelang, dah tentulah keluarga pun turut akan hadir sama pada hari bersejarah tersebut. Jadi untuk kemudahan penginapan, saya putuskan untuk menempah bilik hotel. Asalnya ingat cuma nak walk-in tapi risau kalau-kalau dah tercangak depan hotel bilik semua dah penuh. Dah ke mana pula nak berteduh buat dua tiga hari di KL? Jadinya puas juga google hotel-hotel berhampiran dengan Pudu Sentral supaya senang mak d…

UIA dan 'BENL' (Bachelor of Human Sciences - English Language & Literature)

Image
Assalamualaikum.
Dah habis belajar di UIA barulah perasan yang tak ada satu pun entri di blog bercerita fasal bidang pengajian sendiri. Apa punya seniorlah saya ini. Memandangkan saya dah pun berjaya mengharungi pahit manis menjadi pelajar BENL di UIA, rasanya tak salah kalau saya kongsikan serba sedikit berkenaan pengajian ini yang mungkin boleh jadi panduan kepada bakal penuntut jurusan yang sama.
Di UIA, jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan ini dipanggil BENL, as it stands for Bachelor of English Language and Literature.In case ada yang tertanya, "akak ni course BENL why don't you just write in English?" eh suka hati sayalah nak tulis bahasa apa pun (hehe, gurau saja). Rojak campur pun sedap, lagi-lagi dinikmati ketika perut sedang kelaparan okay cut the crap. BENL merupakan salah satu kursus di bawah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS) dan di bawah Human Sciences (HS) Division. Selain BENL, terdapat kursus seperti History and Civ…

Orang Dulu vs. Orang Sekarang

Image
Assalamualaikum.

Sejak dua tiga menjak, saya banyak membaca dengan kisah-kisah rumah tangga yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Facebook. Tak kurang dengan membaca confessions berkisar perkara yang sama di fanpage IIUM Confession. Selain masalah biasa bagi seorang pelajar, saya tertarik dengan beberapa luahan mereka yang memilih untuk menjadi anonymous demi menyampaikan apa yang dah lama terbuku di hati. Jujur, saya pernah juga buat pengakuan di IIUM Confession. Yang mana satu, rahsia! *emotikon ungu bertanduk sedang tersengih*

Saya terpanggil untuk menulis setelah membaca pengakuan di bawah.


Tunjang utama dalam pengakuan di atas ialah masalah suami atau lelaki yang bergantung kepada perempuan, dalam situasi ini, isteri. Bila baca banyak sangat fasal kemelut rumah tangga, siapa kata tak tergugat nak kahwin bukan? Rasa macam tak sanggup bila nak berhadapan dengan spesis manusia seperti ini. Lagi baik tak kahwin terus. Tapi, dah macam menidakkan fitrah pula. Tapi bila mengenangkan kehi…

Road to Hari Jubah (IIUM 31st Convocation Ceremony) - Bahagian 2

Image
Assalamualaikum.

Hai anda semua kembali bersama saya yang bersedia untuk merepek bahagian kedua persiapan menghadapi majlis terbesar dalam hidup selain majlis akad nikah. Jika bahagian pertama saya ceritakan tentang persiapan fasa pertama, kali ini saya mahu kongsikan pula perkembangan persiapan tersebut. Means apa dah jadi lepas beberapa bulan menganggur di rumah selepas graduasi dan sebagainya (status terkini: masih menganggur).

Okey, dalam entri lepas saya tamatkan perkongsian lepas dapat tahu graduation list untuk konvokesyen kali ini. Waktu itu tarikh sebenar konvokesyen pun masih tak diketahui mengikut giliran kulliyyah masing-masing. Tak lama lepas itu barulah dikeluarkan tarikh sebenar. Alhamdulillah, untuk kulliyyah saya, Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (IRKHS), sesi penerimaan skrol akan berlangsung pada 8 November 2015, sesi sebelah petang.

Lepas tarikh dikeluarkan, maklumat berkenaan dengan proses mendapatkan jubah konvokesyen masing-masing dikeluarkan oleh p…

Temuduga Pertama

Image
Assalamualaikum.

As the title written up there, maka untuk kali ini saya nak bercerita fasal pengalaman pertama saya melalui proses temuduga kerja. Well, itulah urusan masa depan yang saya sempat catat pada akhir entri sebelum ini. Berdebar itu jangan diceritalah. Mana taknya kalau ini merupakan temuduga pertama saya yang membabitkan soal masa depan. Masa zaman di UIA dulu setakat interview nak jadi fasilitator itu adalah. Lepas itu masa semester akhir kebetulan belajar fasal subjek kerjaya jadi saya dah pun diberi pendedahan tentang the do's and the don't's masa temuduga.

Alkisahnya, jawatan yang saya mohon ialah sebagai information analyst di sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Finland. Eh, saya tak ke Finland, sebaliknya ke pejabat cawangan syarikat ini di Kuala Lumpur. Skop tugas merangkumi kerja-kerja menganalisis artikel dan akhbar setiap hari dan jumlah artikel yang perlu ditulis dah pun ditetapkan oleh pihak atasan. Dan memandangkan syarat-syarat yang dike…

Road to Hari Jubah (IIUM 31st Convocation Ceremony) - Bahagian 1

Image
Assalamualaikum.

Hari ini nak tulis entri lebih serius setelah dua entri yang lepas kerja nak meroyan dekat blog. Alhamdulillah, setelah setahun menuntut ilmu di pusat asasi dan empat tahun di kampus utama, saya telah pun berjaya mengharungi hidup sebagai seorang pelajar undergraduate. Tamat sudah fasa pertama. Fasa lain bertingkat-tingkat lagi ya anak-anak. Doakan mak kau orang ini berjaya harungi fasa hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Okay, cut the crap.

Kisahnya hari ini saya nak berkongsilah apa yang kami selaku pelajar (or should I call myself an ex-student already?) UIA ini akan buat menjelangnya tarikh keramat ini. Insya Allah, bagi tahun ini, istiadat konvokesyen ke-31 UIA akan berlangsung pada 7-9 November 2015. Makna kata adalah lagi dua tiga bulan lebih macam itu. Sempat lagi nak kahwin supaya kau tak keseorangan masa terima ijazah nanti. Hahaha. Kembali ke topik asal, persiapan nak bergraduasi ini dilakukan seawal semester akhir lagi. Masa itu kena peka denga…

Brother Sewing Machine GS2700 dari Lazada

Image
Assalamualaikum.
Pernah membeli-belah di Lazada, portal beli-belah yang terkenal itu? Lazada menawarkan banyak barangan termasuk pakaian, perkakas rumah, barangan elektronik dan banyak lagi. Dari dulu lagi suka survey harga smartphone di Lazada yang selalu bagi diskaun. Nak beli teragak-agak lagilah sebab takut juga kalau kena tipu dan sebagainya. Kalau setakat dua tiga ringgit bolehlah lagi. Kalau melibatkan urusan beratus ringgit memang tinggi juga risikonya.
Kebetulan, saya baru develop semula minat pada bidang jahitan lepas dipengaruh oleh rakan saya sendiri. Dah lama betul tak menjahit sejak zaman ambil subjek Kemahiran Hidup - ERT. Akhirnya saya putuskan untuk beli mesin jahit sendiri, jadi lepas ini senanglah nak jahit baju raya untuk keluarga. Manalah tahu lepas itu dapat kembangkan bakat jadi tukang jahit pula. Hehe.
Saya survey harga mesin jahit di Lazada. Memang ada banyak jenis mesin dan ada diskaun. Pilih punya pilih, saya buat keputusan untuk beli mesin jenama Brother G…

Pos barang ke luar negara dengan Flexipack International

Image
Assalamualaikum.
Saya tak pernah ada pengalaman mengepos barang ke luar negara. Sebelum ini cuma dalam Malaysia saja. Setakat pos laju ikan pekasam dari Perlis ke Sarawak itu dah lebih sekali buat. Bila nak hantar barang ke luar Malaysia, saya dah mula gelabah. Yalah, kos pos mesti mahal, kadangkala lebih mahal dari harga barang itu sendiri. Jadi, terima kasih kepada Pos Malaysia atas inisiatif memperkenalkan Flexipack International. Puas jugalah saya menggunakan khidmat Google untuk tahu lebih lanjut tentang Flexipack ini. Dia macam sampul prabayar pos yang bernilai RM6 itu, cumanya nama dia Flexipack untuk penghantaran ke luar negara. Memandangkan saya nak hantar hadiah untuk seorang kawan di Filipina dengan kos yang berpatutan, Flexipack merupakan perkhidmatan yang mudah dan berpatutan. Oh ya kawan-kawan, sebelum nak hantar barang itu rasanya lebih elok rujuk laman web Pos Malaysia untuk tahu zon Flexipack. Contoh macam saya nak pos ke Filipina, negara ini dalam zon 1, jadi minta …

Chilling at Chiling

Image
Assalamualaikum.
Entri basi setelah lama diperam akibat kesibukan seorang pelajar tahun akhir. Nak ceritanya bulan April lepas seberapa orang rakan rapat SMSTSP merancang untuk berpiknik di air terjun. Rancang punya rancang, akhirnya kami bersepakat untuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam and I tell you subhanallah pemandangan sepanjang jalan sangatlah cantik!
Kami bertolak seawal jam sembilan pagi lebih. Tolak tambah dengan masa ke stesen minyak dan sebagainya, kami sampai di tempat kejadian sekitar jam sepuluh. Dah nama pun hujung minggu, punyalah ramai orang! Siap berbas lagi.
For your information, untuk masuk merentasi jambatan sungai menuju ke air terjun utama pengunjung perlu membayar bayaran masuk sebanyak RM1 setiap orang. Dan bayaran RM3 juga dikenakan pada setiap item makanan yang nak dibawa masuk merentas jambatan Lintasan 1. Tak ke mencekik darah? Relaks, relaks. Bayaran tersebut akan dike…

Review: The Kite Runner (novel)

Image
Assalamualaikum.
Lama sungguh tak kemaskini blog! Saja nak beritahu yang lecture week saya dah berakhir jadi sekarang dah masuk study week dan kemudiannya final exam! Cepat sungguh masa berlalu.
Entri kali ini saya nak kongsikan review saya berkenaan dengan sebuah novel yang sangat dekat dengan hati saya bermula dari awal semester ini sejak saya mula-mula membelinya. The Kite Runner, begitulah tajuk yang diberikan oleh penulis, Khaled Hosseini. Berlatar belakangkan kehidupan di Afghanistan selama tiga era pemerintahan. To be honest, mula-mula saya pandang sebelah mata saja. Ini pun beli sebab diwajibkan untuk baca gara-gara kelas World Literature in English. Dan ini novel pertama yang saya beli dan baca dari kalangan lima buah novel yang diwajibkan untuk beli.
Why bother to review this book?
Jawapan saya, sebab saya nak suruh anda semua turut selami kisah perit, suka dan duka dalam The Kite Runner. Serius, inilah novel pertama dalam hidup saya yang berjaya buat saya tak boleh move on

Ke Putrajaya Ke Kita

Image
Assalamualaikum.
Alkisahnya hujung bulan Februari yang lepas, nak dikatakan rezeki semester terakhirlah juga apabila saya diumumkan sebagai pemenang bagi peraduan "Tag, Follow & Win" yang dianjurkan oleh Kak Fana di Instagram beliau di www.instagram.com/zafniscreations. For your information, Kak Fana ini merupakan tukang jahit untuk dres Muslimah terutamanya dres untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Dah lama minat dengan baju-baju rekaan Kak Fana sejak terjumpa fanpage FB beliau dahulu kala.

Disebabkan baju-baju rekaan beliau semuanya custom made, jadi kenalah berjumpa dengan si tukang jahit untuk ambil ukuran semua. Lepas susun masa, Kak Fana ajak berjumpa dengan beliau di Alamanda Putrajaya. Mula-mula debarlah juga disebabkan dah lama tak menapak ke Putrajaya. Tak tahu nak naik bas apa di sana dan sebagainya. Apa lagi, dengan bantuan Google saya pun mulalah mencari informasi tentang bas dan juga ERL. Ramai yang cadangkan untuk naik ERL dari KL Sentral terus ke Pu…

Blue to Yellow

Image
Assalamualaikum.

Tanggal 26 Februari jadi tarikh terakhir saya menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom. Alkisahnya dah lama nak bertukar telco cuma tak tahu syarikat mana yang berikan perkhidmatan dengan kadar yang menarik dan berpatutan untuk saya sebagai seorang manusia yang masih bergelar pelajar ini. Kalau sebelum ini, saya gunakan Celcom untuk telefon bimbit dan Maxis untuk pelan broadband. Namun bila difikirkan kembali saya agak terbeban dengan duit yang perlu dikeluarkan untuk tambah nilai Celcom dan duit untuk bayar bil Maxis sebanyak RM68 setiap bulan, saya nekad. Masa untuk berubah!

Akhirnya, saya ke Digi Center yang terdekat iaitu di Giant Batu Caves. Ini pun lepas dah buat kajian fasal plan-plan yang ditawarkan oleh Digi. Jangan lupa, kalau nak bertukar telco periksa dulu dekat kawasan anda itu ada ke tak liputannya, yang paling penting internet. At least kalau ada setakat 3G pun kira baiklah. After taking into consideration all the stuff (sebab bila balik …

My Very First Time Flying with Firefly

Image
Assalamualaikum.

Entri kali ini saya nak kongsikan pengalaman paling noob menjadi penumpang penerbangan Firefly buat pertama kali setelah hampir dua puluh tiga tahun hidup di muka bumi. Jadi agak jakunlah sikit sampai beberapa hari sebelum nak berlepas sibuk tanya kawan-kawan apa yang patut dibuat bila dah sampai lapangan terbang. Terserlah kenoobanku di sini.

Al-kisahnya sekitar bulan Oktober, Firefly adakan promosi macam gila iaitu tiket sehala ke destinasi domestik bermula dari harga RM29. Saya yang sememangnya teringin nak balik kampung dengan menaiki kapal terbang ini pun mulalah buat perancangan. Mujurlah baru lepas buat akaun simpanan CIMB jadi kerja nak membayar tiket pun jadi lebih mudah dengan adanya CIMB Clicks. Jadi, saya tempah tiket secara online untuk diri sendiri dan adik lelaki yang kebetulan sama-sama belajar di UIA. Jumlah keseluruhan cuma RM58. The best thing tentang penerbangan Firefly ini ialah dapat 20kg bagasi percuma (kalau tak silap) jadi bermaksud tak payah …