Saturday, March 31, 2012

UIA, dan English Placement Test (EPT)

Assalamualaikum.

Dulu saya pernah bercerita tentang isu Bahasa Arab dan Asasi Bahasa Inggeris di UIA. Jadi pada entri kali ini saya akan kongsikan pula cerita mengenai English Placement Test (EPT) yang diadakan setiap kali minggu orientasi program Asasi di UIA.

Semua pelajar intake baru WAJIB untuk menduduki ujian ini, melainkan bagi mereka yang sudah pun mengambil peperiksaan IELTS dan TOEFL sebelum mendaftar di UIA. Boleh cari di internet untuk maklumat yang lebih terperinci.

"Kenapa ujian ini penting bagi semua pelajar new intake?"

Pertamanya, ujian ini penting, sama penting juga seperti Arabic Placement Test (APT) untuk menentukan tahap proficiency anda dalam kedua-dua bahasa tersebut. EPT sama juga konsepnya seperti MUET (Malaysian University English Test) yang merangkumi ujian reading, writing, speaking dan listening. Cuma aspek pendengaran tidak dimasukkan dalam EPT, dan ujian percakapan hanya dilakukan semasa peperiksaan akhir semester. Peringkat (atau kami gelarkan sebagai level) yang terbaik ialah EXIT, atau dalam erti kata lain anda LULUS. Ini bermakna anda terselamat daripada menghadiri sebarang kelas Bahasa Inggeris sepanjang pengajian anda di peringkat asasi.

Satu keuntungannya apabila exit selain daripada tidak perlu hadir ke kelas ialah, anda tiada peperiksaan akhir, tidak perlu buat projek kelas setiap semester, dan yang utama anda dapat menjimatkan tempoh pengajian. Bagaimana? Nanti saya akan terangkan.

"Jika gagal mendapat level EXIT, bagaimana pula?"

Kena pergi kelas, buat projek kelas dan macam-macam lagi. Jumlah contact hour (jam bertemu pensyarah dalam seminggu) juga bertambah. Contoh study plan di bawah:

Saya, seorang pelajar Asasi BI yang mendapat level 6 EPT:

Bahasa Inggeris-9 jam seminggu
Drama-3 jam seminggu
Oral Communication Skill- 3 jam seminggu
Grammar- 3 jam seminggu
Introduction to Human Sciences- 3 jam seminggu
Arab- 8 jam seminggu
Jumlah jam seminggu: 29 jam seminggu

Didi, seorang pelajar Asasi BI yang EXIT EPTnya:

Drama-3 jam seminggu
Oral Communication Skill- 3 jam seminggu
Grammar- 3 jam seminggu
Introduction to Human Sciences- 3 jam seminggu
Arab- 8 jam seminggu
Jumlah jam seminggu: 20 jam seminggu

*jumlah jam berbeza mengikut kursus

Saya ingin tekankan bahawa ini tertakluk bergantung kepada kursus anda nanti. Bagi pelajar Asasi Bahasa Inggeris, requirement memang agak tinggi untuk ambil subjek teras (seperti Drama, Oral Communication etc) jadi hanya pelajar yang berjaya mendapat level 6 dan exit sahaja yang layak mendaftar bagi subjek teras. Jika anda berada di bawah level 6, anda tidak boleh mendaftar subjek teras lagi, sebaliknya anda perlu menghabiskan subjek Bahasa Inggeris anda sehingga level 6. Untuk kursus lain, mungkin level 5 sudah boleh ambil subjek kursus anda. Agak rumit, namun ada hikmah :)

"Adakah sistem ini menghalang pelajar daripada bergraduasi dalam tempoh setahun?"

Saya jawab ya dan tidak.

Contohnya ialah adik kedua saya sendiri, Firdaus yang kini mengambil kursus Asasi Undang-undang di UIA. Pada EPT ketika minggu orientasi, beliau mendapat level 4. Dan sepatutnya dia akan ke level 5, 6 sehinggalah exit pada semester-semester yang akan datang. Secara kasar dia mungkin akan bergraduasi dalam tempoh dua tahun akan datang. Ditakdirkan Allah, alhamdulillah adik saya ini terus exit pada peperiksaan akhir semesternya dan dia sudah mula mendaftar bagi subjek kursus undang-undang pada semester kedua. Boleh nampak atau tidak yang masa dijimatkan di sini?

Faham? 

"Kalau tidak exit/naik ke level seterusnya?"

Macam biasa, anda perlu mengulang subjek ini sehingga lulus (exit) pada semester hadapan. Dan semestinya akan memusnahkan study plan yang telah dirancang.

Contoh terdekat ada pada saya sendiri. Saya memulakan Bahasa Inggeris dengan level 6. Malangnya (Allah hendak uji) saya gagal melepasi peperiksaan akhir dan perlu mengulang semula subjek ini. Ini menyebabkan saya perlu drop beberapa subjek teras yang saya ambil pada semester hadapan dan mengambilnya semula pada semester yang akan datang. Hal ini disebabkan UIA tidak menggalakkan pelajar mengambil banyak contact hour dalam satu semester. Dalam bahasa mudah, saya perlu extend semester dan sudah tentu melambatkan proses saya untuk bergraduasi.













37 comments:

  1. huhu..amat xsgka sy dpt ept lvel 6
    bukan riak..cme truje..

    ReplyDelete
  2. komplikated laa UIA nih..harharhar

    ReplyDelete
  3. @ilyani92

    Sama la kita, cuma erm erm malu la nak bagitau yang saya kena repeat sebelum ni >__<

    ReplyDelete
  4. @jaya jr

    Memang complicated. ada berani? hikhik :p

    ReplyDelete
  5. org yg tak suka baca tu sbb dengki xleh masuk uia. hikhik.

    ps. lawa template baru :)

    ReplyDelete
  6. @Noraim

    hikhik, takut gak nanti dorang ckp asyik cerita psl uia je. haa, habis tu takkan nak cerita psl u lain plak kan? hikhik. thanks :)

    ReplyDelete
  7. hye syg...dh follow k...dr segmen nasz

    ReplyDelete
  8. dah lama tinggalkan dunia study.. :D graduan makin ramai, pesaingan makin sengit, jadi macam2 test/exam yang perlu diambil bagi memantopkan diri lebih dari orang lain.. gudluck!

    ReplyDelete
  9. hi nak tanya saya next week masuk uia tapi , saya confused pasal exam ni , boleh tak terang kan ? bahasa arab . saya tahu basics sahaja . for karangan arab saya taktahu , dia akan pentingkan ke komunikasi ?

    ReplyDelete
  10. @Amirah Habib

    ohhh boleh je. kalau ada basic lg lah senang. at least dah tahu dah beberapa terms arabic kan. nanti time exam, buat yg mana t'mampu je. kalau xnk buat pun takpa but depends on course kita lah. if course pun arabic/irk mmg arab kena kuat :)

    ReplyDelete
  11. i dpt eco & managemt science . i pun tak tahu sgt , mcm mana eh ? akak rasa kene prepare untuk apa ? dr segi mental n fizikal ?

    ReplyDelete
  12. @Amirah Habib

    oh economics. course ni untung sbb belajar arab masa asasi shj. masuk degree nanti dah tak belajar. btw, kampus awak kt gombak :) mental & fizikal harus sedia. kena prepare utk english & arabic placement test, tilawah test. but insyaAllah you can do it. course ni byk belajar maths, accounting mcm tu la. akak nk terang byk psl course ni pun tak boleh sbb akak bkn econs :)

    ReplyDelete
  13. akan memasuki UIA pada sep 2012 nie.ijazah eknomi..
    sama ke jenis ujian budak ijazah ngan asasi?
    pastu,boleh xterang kn structure+contoh soalan bagi:
    1.EPT
    2.APT..senang nk buat persiapan :)
    ujian tilawah plak cm ne?

    btw,,sory byk b'tnye..

    ReplyDelete
  14. nk tnye
    klau stud ex-cfs da exempted ept msa asasi uia nye,
    kmudian bila msuk rgister degree kt kmpus degree uia, ex-stud cfs tu kne jgk ambik ept jgk ke kt dgree?

    bkn ke stud ex-cfs x yah lg ambik ept kt dgree sbb da ambik da ept mse cfs dlu?

    sbb xkn stud ex-cfs nk kne ambk eng smpai pass lbh dr 1 kali,sbb 1 kali pass ept mse cfs dlu da ckup da an,betul ke?

    rsenye yg msuk dgree kne ambk ept ni bdk luar,bkn ex-stud cfs..sbb ex-stud cfs da prnah pass da ept?

    btul ke sy ckp nie,hehe :)^_^

    ReplyDelete
  15. @fiq12

    ex-CFS tayah ambik dah EPT/APT. Just proceed dgn subjek2 course kita sahaja :)

    Betullah apa yg awak ckp tu. :)

    ReplyDelete
  16. Saya amik spm tahun ni..and saya minat nak belajar law kat uia. result kena power ke kalau nak belajar kat uia? ~.~

    ReplyDelete
  17. @Anonymous

    Alhamdulillah awak berminat juga utk belajar di UIA. Sbnrnya result yg bagus/tak bkn penentu utk mendapatkan tempat di sini. Sgalanya bergantung kpd rezeki masing-masing. :)

    ReplyDelete
  18. Salam sis, nak tanye. kalau senah tu die lvl 5 EPT pstu mase final die ter'fail' pulak. then bile ambik next sem, subjek lain pon akan terganggu ke eh? contohnye next sem die kena ambik subjk math2,acc2 dll. so bila si senah tu kena repeat lvl 5 balik, kirenye subjk yg patut die ambik tu mcm mne eh? still same ke ape? sorry telebih pnjg pulak, hehe

    ReplyDelete
  19. @Anonymous

    kalau econs, level 5 dah boleh ambil core course. so kalau kena repeat pun, tak ganggu subjek-subjek lain. ini berdasarkan apa yg saya faham la drpd pertanyaan awak tu :)

    ReplyDelete
  20. oh macam tu eh. okay, tenkiu kak :)

    ReplyDelete
  21. akak ,kat UIA tu memang kena berbahasa Arab ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Allah, kalau gitu jadinya akak sendiri tak layak masuk UIA. Huhu. Akak mana reti cakap Arab dik :)

      Arab tu utk belajar je. Klu dh pandai, blh je nak cakap in Arabic, tp x wajib pun. Even dlm kls, lecturer mengajar Arab dlm BM. Hehe

      Delete
  22. assalamualaikum , akak nak tanye kalau saya amik asasi b.i apa yang saya akan belajar nanti? bahasa arab memang kene blajar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk di link di bawah utk senarai subjek:

      http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2012/03/uia-asasi-bahasa-inggeris.html

      Bahasa Arab subjek wajib utk course BI. Akan belajar sampai level 6.

      Delete
    2. salam kak. adakah kt perlu menduduki exam utk arab dan adakah markah paper arab itu dkira utk pointer? saya bakal mgambil asasi bi di uia tahun ini :-)

      Delete
    3. Wassalam.

      Utk asasi dan degree, pointer arab (final exam) dikira dlm CGPA. Klu APT tak masuk pointer

      Delete
  23. emm nak tanyaa, EPT mcm mana soalan dia? bagi tips sikit. so boleh buat preparation. thank youuuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan EPT ada dua set.

      1. Reading (soalan multiple choice, yg bulat-bulat A,B,C,D tu)
      2. Writing (2 essays)
      --> 1. analisa bar graph, pie chart etc
      2. argumentative essay (agree/disagree)

      Untuk tips, mungkin boleh cuba kaji struktur soalan terlebih dulu. Untuk bahagian reading skill, boleh google TOEFL, bg writing boleh google IELTS. Soalan lebih kurang sama :D

      Delete
  24. Salam sis , saya akan ke cfs iium utk asasi bi. Saya takda langsung basic arab , so sy kena bljar asasi ni arabnya sampai level 2 kan ? Kalau teruskn degree bi jugak , kena la sampai level 6 kan ? So kalau saya nak tukar course utk degree nnt boleh ke ? Yg tak perlu arab sampai level 6 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Ala kenapa nak takut dengan Arab sampai level 6? Hahaha akak dulu takda basic Arab kot tapi sampai sekarang ok je belajar Arab. Best apa. Takda rasa menyesal pun.

      Nak tukar tu boleh, takda masalah pun.

      Delete
  25. Kita masuk kelas pun belum, memang totally tak tahu soalan apa yang bakal keluarlah kan. Masa EPT & APT berlangsung masih lagi dalam minggu orientasi. Tajuk essay tak sama setiap sem. Dah tu tak logiklah kalau nak hafal essay bagai kan.

    Relaks sudah, tak pernah lagilah orang fail EPT & APT setakat ni.

    ReplyDelete
  26. Salam, akak asasi english nieh prlu gna laptop x awal sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Untuk awal-awal tak perlu lagi. Kita cuma akan belajar pendedahan subjek. Mungkin bulan kedua dah kena guna. Bergantung kepada lecturer :)

      Delete
  27. saya bahasa inggeris pun lemah bahasa arab lagilah memang tidak pernah belajar...takutnya rasa

    ReplyDelete
  28. senang ke nak exit. saya kat celpad.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah boleh exit asalkan make preparations ;)

      Delete

***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***