Sunday, February 18, 2018

Product Review: Cosmoderm Oily Skin Set

Assalamualaikum everyone!

Okey, untuk posting kali ni nak cerita sikit tentang penjagaan muka berdasarkan pengalaman daku sendiri. Okey, to be honest, aku ni bukanlah dalam kategori perempuan yang suka melawa, melaram apa benda semua tu. Nak berfesyen, mekap ikut trend tu memang jauh sekalilah tidak disebabkan aku tak ada pengaruh daripada saudara perempuan (sebab aku anak perempuan seorang) hatta rakan sebaya masa sekolah ataupun universiti. Jadi kesedaran aku untuk jaga muka bagi elok bak Fazura tu tak berapa nak ada sangat. Haha. Masa sekolah, I did not really give a damn to my face. Pergi sekolah pun harap bedak Safi saja. Same goes to my cleanser. Tak Safi gamat, mesti Safi mentimun. So that was my skincare routine masa tu. Only cleanser. Seriously guys, sampai umur aku 24 tahun pun aku hanya guna cleanser SAHAJA. Aku memang tak tahu menahu atau terasa nak cuba produk lain macam toner, mask, moisturizer. Mentaliti masa tu, aku masih budak-budak jadi kalau dah mula guna produk kecantikan ni nanti kulit muka dah tak elok bila dewasa. Haha. Apa punya mentalitilah kan?

Lama kelamaan aku perasan. Bila cuci muka pagi saja masa mandi tu, kulit aku tak bersih dalam jangka masa yang lama. Sejam dua kemudian, minyak berkilo-kilo boleh timbang bertempek dekat muka dan bila tengok cermin boleh nampak jelas kilauan minyak tu. Kusam dan selekeh sangat. Kebetulan masa tu, I came across with a brand yang aku nak cerita dekat kau orang ni. Mula-mula tu aku ingat jenama Cosmoderm ni baru lagi and it's an international brand and obviously kalau dah international mesti mahal punyalah. But guess what, sebenarnya jenama ni dah lama ada di Malaysia dan yang lagi meyakinkan aku untuk cuba produk ni sebab it's halal guys! Dahlah mampu milik. Kebetulan masa aku beli tu dia orang buat cyber sale untuk semua set skincare jadi dapat banyak diskaun jugalah. Jadi aku buat keputusan untuk cuba oily skin set untuk selesaikan masalah kulit aku ni. Untuk set yang aku beli dulu didatangkan dengan cleanser, toner, serum, moisturizer dan facial mask. Siap dapat free gift berupa BB cream & make up remover you all. Seingat aku dulu beli satu set tak sampai RM100.

Mask, toner, serum & moisturizer. Cleanser tiada dalam gambar sebab dah habis.
Hahaha. 
Surprisingly you guys, produk ni dari aku beli hujung 2016 sampai sekarang tak habis lagi hahaha! Oh ya, untuk kau orang yang ada masalah yang sama dengan aku which is oily skin, aku sangat syorkan untuk beli produk yang ada tea tree oil ni. Boleh hilangkan jerawat juga okey! Masa cleanser beliau ni habis, aku tukar guna cleanser yang tak ada TTO terus mencanak balik jerawat huhuhu. Disebabkan aku seorang yang cheapskate dan rasa nak beli seketul cleanser Cosmoderm ni mahal (walhal tak sampai RM20 pun kahkah), aku tukar ke produk lain yang juga ada TTO yang lebih murah (baru RM10 something).

Menurut pembacaan aku, oily and acne prone skin ni kena cari produk yang ada TTO, salicylic acid, benzoyl peroxide dan ada lagilah yang aku lupa namanya. Di samping gunakan produk Cosmoderm ni aku top up sikit dengan penggunaan facial scrub dan oil cleanser yang sesuai dengan keadaan kulit berminyak ni. Alhamdulillah, muka pun dah kurang berminyak dan jerawat pun kalau beliau naik, terus kecut hahaha padan muka. Aku rasa untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak dengan penjagaan muka bolehlah cuba Cosmoderm ni. Maka silalah dapatkan set-set yang anda mahukan sama ada di physical store, drugstore, website Cosmoderm, ataupun di Lazada, Shopee, dan seumpamanya.

Done review. Chow ~



Monday, December 25, 2017

Tips Sebelum Sambung Master

Assalamualaikum *tiup habuk kiri kanan*

Setelah hampir setahun tak update langsung blog, akhirnya kembali juga ke pangkal jalan. Ewah! Alhamdulillah dah selamat menamatkan semester ketiga sebagai pelajar master di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tersangatlah sibuk dengan urusan duniawi sampai terabai blogku ini hahaha.

Alright. Marilah kita ke topik utama untuk posting kali ini iaitu berkenaan tentang tips nak sambung belajar. Well, aku rasalah dah berlambak-lambak sangat blog di luar sana yang berkongsi untuk kau orang semua tentang tips untuk sambung belajar, especially untuk peringkat postgraduate studies ni. Masing-masing pun berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang lain situasi. Apa yang aku nak kongsikan dalam posting kali ni pun diambil 100% dari situasi hidup aku sendiri.

Untuk yang baru-baru jadi pembaca blog ni (ceh, ada ke pembaca masalahnya?), aku dah masuk semester ketiga di UUM. Jurusan English Language Teaching atau dalam bahasa mudahnya bila orang tanya aku jawab TESL saja. Insya Allah kalau tak ada aral Februari 2019 barulah makcik yang seorang ni akan bergraduasi. Lamanya! Huhuhuhu.

Okey, kita masuk topik balik. Di bawah ni aku kongsikan apa yang aku rasa sepanjang aku bergelar pelajar balik untuk perkongsian dengan kau orang semua. 


First and foremost, decide betul-betul kau orang nak sambung belajar sebab apa

Niat.

Aku rasa ni benda paaaaaaling penting sebelum kau orang melangkah sebagai seorang pelajar postgraduate. Masa aku semester satu, aku masuk kelas subjek pra-syarat di mana semua pelajar baru waktu tu bukan asal dari bidang pendidikan. Bila ditanya tentang kenapa dia orang nak sambung master kan, ada yang jawab sebab nak kerja gaji tinggi. Yalah, bila dah ada master ni orang mesti pandang kau orang sebagai seorang yang berstatus pendidikan tinggi. Lepas tu mesti expect untuk gaji pun tak adanya setakat RM2500 macam budak fresh graduate degree kan?

Ada juga yang sambung belajar sebab ikut kawan.

Ada yang sebab menganggur lama sangat dan untuk tak membuang masa dia orang belajar lagilah (this was my case).

Lepas tu bila fikir balik, takkan sebab ni saja? Jadinya yang berpeluh keringat banting tulang buat assignment sepanjang 4-5 semester tu untuk apa?

Bukan senang. Once kaki dah masuk ke alam pengajian ni, kau orang akan korbankan masa yang sangatlah banyak, lepas tu duit (sebab nak bayar yuran, travel expenses ke kampus kalau stay off-campus, research purpose dan macam-macam lagi). Untuk yang dah memang berkerjaya tu mungkin okeylah. Untuk yang memang full-time student itu lagi kena fikir. Sebab itulah banyak saja kes terpaksa berhenti sekerat jalan. Tak mampu nak bagi 100% komitmen.


Kursus pengajian

Ini pun penting. Kalau tak apa gunanya kau orang nak sambung belajar kalau basic things macam ni pun kelaut hahaha. In terms of the course, ada yang masih nak teruskan apa yang dah dipelajari masa zaman undergraduate dulu. Ada yang memang berubah 180 darjah. Zaman degree belajar kulinari, bila master tiba-tiba ambil education. Benda ni sendiri dipersoalkan oleh lecturer kelas Research Methodology aku dulu. Macam kes aku sendiri okey lagi agaknya sebab zaman degree pun aku dah ada pendedahan dengan bidang pendidikan walaupun sekadar tahap paaaaaaling asas yang rasanya bagi budak-budak education ni buat celah gigi saja. Tapi, walau macam mana sekalipun agak susah juga nak adapt bila kau orang ambil kursus lain-lain ni. Seriously I tell you guys masa aku semester kedua bila dah mula ambil subjek teras macam Curriculum & Pedagogy dan Measurement & Evaluation in Education & Psychology tu macam nak menangis jugalah. Bayangkan bila budak kelas kau semua rata-ratanya memang hardcore in education dan kau seorang diri ibarat berada di tengah lautan tak tahu apa itu KSSR, beza HSP dan DSKP bagai. Lagi teruk bila kau tak dapat penuhi expectation lecturer yang perfectionist sebab dia anggap kau dah tahu semua benda tentang pendidikan. Tapi aku tak rasa semua ni cabaran kalau kau orang semua memang jenis cintakan ilmu dan nak kembangkan pemikiran ke bidang lain. Tak salah. Cuma orang macam kita ni kena usaha lebih. Masa aku kelas Curriculum Design & Development, lecturer buka topik tentang CEFR. I was like, “what the hell?”. I totally have no idea sampai kena buka Wikipedia then I was like “ooo, Common European Framework of Reference for Languages.” Berhuhu jugalah dalam kelas.


Universiti

Pilihan universiti pun penting bagi aku. Mungkin sesetengah orang lebih suka untuk sambung di universiti zaman degree sebab dah biasa dengan persekitaran dan semestinya lecturer. Jadi senang nak bertahan. Untuk kes aku, aku pilih untuk dekat dengan kampung halaman. UUM is totally a new environment for me okay. Sebab dulu dekat UIA aku macam berada dalam comfort zone jugalah dengan suasana dia. Rasa secure sebab majoriti pelajar Muslim. Jadi bila di tempat baru, aku pun tak tahu nak expect UUM macam mana. Tapi alhamdulillah, walaupun lebih kurang saja sebenarnya cultural and ethnic diversity di kedua-dua universiti, aku rasa aku dah boleh adapt dengan suasana di tempat baru ni. Ceh, padahal masuk kampus seminggu sekali saja hahaha. Jadi untuk yang rasa nak berubah angin belajar di tempat baru tu kena pandailah sesuaikan diri. Kadang-kadang kerenah lecturer universiti lama tak sama dengan yang di tempat baru. Lepas tu untuk yang duduk dalam kampus lagilah. Macam UUM ni kampus dia ya Rabbi besar nak arwah. Kalau dulu zaman UIA aku boleh tawaf satu kampus, di UUM ni jangan haraplah.

Itu soal nak sesuaikan diri. Lagi satu yang kau orang kena ambil perhatian berkaitan dengan yuran pengajian. Ada universiti yang yurannya agak mahal. Ada yang murah. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Untuk yang dah ada pendapatan it should be no problem. Untuk yang menganggur macam aku ni memang kena consider habis-habisan. Alhamdulillah yuran master UUM taklah mahal, malah tak cecah RM10K pun untuk sepanjang pengajian. Ada juga universiti yang yurannya lebih RM10K. Aku pun tak pasti atas dasar apa ada yang mahal dan murah ni. Apa pun, pilihan di tangan anda.


Mod pengajian

Seperkara lagi, mod pengajian. Sama ada coursework, mixed mode ataupun research. Ada orang cakap coursework senang sebab tak payah buat research teruk-teruk. Sila terjun longkang sekarang sebab walaupun aku coursework mode tapi workload dia ya Rabbi! Yalah sebab mod ni kena buat assignment, presentation, quiz dan sesetengah subjek tu ada peperiksaan akhir semester. Lepas tu kau orang akan timbul rasa macam “eh kenapa aku tak ambil mixed mode or research dulu?” masa tengah stress menghadap assignment menggunung hahaha. Padahal mod lain pun sama saja cabarannya. Aku tak boleh nak cerita banyak tentang mixed mode and full research ni sebab aku budak coursework. Tapi aku memang tak ada keberanian langsung nak menghadap viva voce seumpamanya jadi aku pilih jalan selamat iaitu coursework PADAHAL SUSAH JUGA TAHU TAK?! Ya padan muka sendiri hahaha.

UUM ni aku perasanlah minimum duration of study dia tak adanya kau orang boleh habiskan master kurang dari empat semester. Paling cepat pun memang dua tahun baru selesai. Berbanding dengan universiti lain rasanya setahun setengah pun dah boleh habis. Itu kalau full-time student. Kalau part-time memang lagi lambat. Sebab subjek dia ya Rabbi banyak bukan main sampai aku fikir “perlu ke belajar subjek ni?” hahaha.

Untuk budak coursework memang kena pandai susun jadual sendiri untuk pastikan kau orang ambil subjek yang dikehendaki takut ada yang tertinggal susah pula. Dahlah kebiasaannya pihak fakulti akan buka satu kelas saja untuk subjek master sebab selalunya pelajar tak ramai. 

Okey, so far itu saja yang aku dapat kongsikan untuk point yang sangatlah penting untuk kau orang ambil perhatian sebelum putuskan sama ada nak sambung belajar ke tak untuk manfaat kita bersama. Anyway, to all postgraduate students out there, all the best in your future okay! Semoga kita sukses dan dapat konvo dengan jubah double line. Hahaha!

Tuesday, February 7, 2017

My Master's Journey - End of Semester 1

Assalamualaikum. 

Dah berbulan lamanya tak menulis di blog. Terima kasih untuk semua yang masih lagi sudi menyinggah dan tinggalkan komen atau pertanyaan di sini dan juga di emel. 7 Februari tahun 2017 baru rasa nak menulis balik. Apalah.

Alhamdulillah, selesai sudah semester satu pengajian peringkat master saya. Kelas cuma sehari seminggu yakni Sabtu dari jam sembilan pagi sampai enam petang tapi kepenatan mengalahkan kelas budak undergraduate yang hari-hari. Mungkin sebab kelas seharian, sampai rumah pun dah malam. Balik rumah terus tumbang. Itu pun kadang-kadang terpaksa gagahkan badan dan mata nak siapkan apa yang patut untuk submission. Ternyata perjalanan ambil master ini bukan satu benda yang mudah. Orang mungkin nampak "ala kelas seminggu sekali, subjek tak banyak" tapi hakikatnya tuan punya badan saja yang rasa. Padahal baru semester satu. Subjek specialization pun tak sentuh lagi dah rasa penat. Aduhai. Banyak benar merungutnya. 

Despite of all ups and downs in semester one, I barely survived alhamdulillah. Ingat lagi masa kelas terakhir sempat lagi pensyarah bagi tugasan baru (walhal workload 5-10% saja pun). Tak termasuk dengan dua jenis report kena tulis. Sakit jiwa nak baca artikel dari jurnal lagi. Itu pun banyak copy paste dan ubahlah guna ayat sendiri nanti kena dakwa plagiat pula hahaha. Pendek kata, dugaan dan cabaran masa master memang menggila kalau nak dibandingkan dengan dugaan zaman degree. Kalau tak kuat, alamatnya sebulan lepas commencement of the semester pun boleh tumbang. Tak masuk lagi dengan dugaan bila tengok kawan sebaya dah dapat pekerjaan tetap, dah kahwin, dapat anak. Fuh, benda-benda ini memang menguji semangat tahu? Seriously, once you step up into this path, there's no turning back. Above all, alhamdulillah dan syukur ya Allah. Pada saat orang lain ada yang lagi susah nak sambung belajar atas masalah-masalah seperti kewangan seumpamanya, Dia berikan peluang ini. For me, learning is a lifelong journey. So make it enjoyable. Insya Allah.

My Educational Psychology class

My Sociology in Education class
Kredit gambar kepada err, tuan punya gambarlah. Hahaha.

Dan kini, semester kedua mula menjengah. Dan lepas ini tak tahu lagi bila nak update dengan entri baru hahaha. Boleh terus emel saya ataupun tinggalkan komen di blog kalau ada sebarang pertanyaan tentang entri-entri terdahulu. Well, most of the comments banyak tanya tentang UIA. Rindunya zaman undergraduate dulu. 

Sekian.

Thursday, August 25, 2016

Registration Day - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam entri ni saya nak berkongsi pengalaman mendaftar untuk program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Terima kasih untuk si Angah sebab tolong hantarkan pergi balik. Heh.

Pukul 9 pagi baru bertolak dari rumah bukan main relaks haha mentang-mentanglah dekat saja dengan rumah. Dalam 9.40 pagi sampailah ke tempat pendaftaran iaitu di School of Computing yang terletak agak ke belakang. Besar gila UUM!

Lokasi pendaftaran (selepas)

Di sini saya ceritakan step by step prosedur hari kejadian untuk panduan bersama.

Proses 1

Cari papan tanda start dan beratur ikut local students (kalau anda pelajar tempatanlah). Nanti akan ada urusetia pendaftaran akan berikan anda borang checklist untuk diisi. Sediakan siap-siap surat tawaran yang dah dicetak, slip bukti pembayaran yuran dan transkrip akademik dan borang pemeriksaan kesihatan anda. Sampai ke giliran anda di kaunter, kau orang akan diberikan fail untuk ditulis nama dan maklumat lain di situ. Isi sampai habis dan terus ke kaunter seterusnya.

Proses 2 - Kaunter Bendahari 

Tak ada apa sangat, cuma bawa saja fail tadi ke kaunter untuk urusetia Bursary Department periksa.

Proses 3 - Kaunter Pendaftaran

Dekat sini ada tujuh kaunter kalau tak silap saya. Beratur tunggu giliran, dah sampai giliran, bagi fail pelajar tadi kepada urusetia. Sediakan sekali transkrip akademik, skrol ijazah terdahulu dan juga slip keputusan MUET (jika diminta). Filem x-ray pun kena serahkan masa ni. Habis penyerahan, nanti kau orang akan diberi postgraduate kit berupa beg galas, academic handbook warna-warni, user manual untuk guna perkhidmatan IT dan lecture schedule.



Proses 4 - Kaunter UUM IT

Say cheese! Di kaunter UUM IT ni semestinya disediakan perkhidmatan kad matrik. Bagi borang checklist tadi dekat urusetia bertugas, duduk di kerusi yang disediakan untuk ambil gambar, dan siap. Kad matrik boleh diambil di U-Assist pada tarikh yang dimaklumkan di situ.

Di kaunter sebelah ialah kaunter untuk daftar portal pelajar UUM. Dia orang sediakan laptop banyak-banyak. Laptop tak cukup, boleh guna komputer dekat makmal komputer berdekatan. Daftarlah siap-siap sekali dengan daftar wifi di telefon pintar masing-masing. Siap sudah.

Proses 5 - Kaunter SAC

Disebabkan saya dah hantar borang dah pun sebelum ni ke SAC, jadi tak perlu isi borang baru. Patutnya terus ke SAC untuk tanya tentang DPP, tapi selamba saja keluar pergi makan tanpa check-in asrama. Hahaha. Untuk yang belum buat permohonan penginapan mungkin boleh terus buat di situ dan tunggu keputusan dapat DPP mana.

Kalau yang tak nak duduk DPP tak perlu ke kaunter ni. Siaplah daftarnya. Sekian.

Sesi sebelah petang ialah sesi bersama dengan dekan Awang Had Salleh Graduate School iaitu Prof. Dr. Shuhada dan wakil-wakil pensyarah dari pusat pengajian di bawah UUM College of Arts & Sciences. Sesi berlangsung pada jam 2.15 petang bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 4/1, School of Computing. Lepas dengar ucapan daripada dekan dan timbalan dekan, kami dibahagikan mengikut kursus masing-masing. Dengar pula taklimat daripada ketua jabatan pusat pengajian masing-masing. Tanya-tanya soalan. Dan habis.

So far simple saja hari pendaftaran untuk pelajar pascasiswazah ni. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang membaca.

Saturday, August 20, 2016

Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) di Klinik Kesihatan Kerajaan

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya nak bercerita tentang prosedur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan. Diulang, KERAJAAN. Haha. Bukan apa, selalunya kalau sebut medical check-up di klinik kerajaan ni mesti lambatlah, banyak kerenahlah, nurse garanglah. Macam-macam. Saya pun belum pernah lagi buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan. Sebelum ni nak masuk belajar untuk peringkat asasi dia orang cuma nak filem x-ray saja. Itu pun pergi buat x-ray di klinik swasta. Bayar pun agaklah mahal, tapi sekejap saja dah siap. Pemeriksaan selebihnya dibuat oleh pihak universiti sendiri. Masa masuk untuk degree memang tak perlu buat sebarang pemeriksaan (the perk of being an IIUM student at that time). Mungkin sebab universiti dah ada rekod untuk pelajar lepasan asasinya.

Pertama sekalinya eloklah kau orang Google nombor telefon klinik kesihatan berhampiran kawasan anda kalau-kalau kena buat appointment untuk pemeriksaan. Macam saya, mula-mula telefon KK Kangar memang kena buat appointment lepas tu dia suruh pergi buat di KK Simpang Empat sebab lagi dekat dengan rumah. Jadi saya pun telefon KK Simpang Empat pula. Dia orang suruh walk-in saja.

Make sure pergilah klinik awal-awal kalau dah tahu KK tempat anda selalu ramai orang. Mujurlah di KKSE tak ramai sangat masa hari kejadian. Terus pergi kaunter, cakap dekat yang ada di situ kita datang nak buat medical check-up, jadi mereka akan minta borang pemeriksaan kesihatan yang selalunya disediakan pihak universiti/kolej anda. Bayaran untuk pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan ni RM20 SAHAJA murah gila kan. Sesuailah untuk mereka yang kurang berkemampuan nak bayar ratus-ratus untuk medical check-up semata-mata. Bagi borang dekat nurse dan mereka akan beritahu proses seterusnya. Macam kes saya, disebabkan KKSE tak ada kemudahan untuk x-ray jadi kena pula ke KK Kangar untuk x-ray. Sebelum tu kena ke Klinik Pergigian di KKSE untuk buat pemeriksaan gigi. Alhamdulillah gigi dalam keadaan baik walaupun doktor gigi offer nak buat tampalan dengan scaling hahaha tak pasal-pasal pula setelah bertahun-tahun gigi terbiar merongak. Tak perlu bayar pun untuk buat pemeriksaan gigi sebab dah sekali dengan bayaran RM20 tadi. Cuma sebab saya buat scaling dengan tampalan tu kenalah bayar RM9 untuk tiga batang gigi haha.

Habis pemeriksaan gigi barulah bergegas ke KK Kangar untuk x-ray. Mujurlah lancar saja urusan hari tu, dapat terus ke unit pengimejan dan diagnostik klinik sebab ada surat rujukan dari KKSE. Dalam setengah jam siap urusan di KK Kangar, maka kembali pula ke KKSE. Rasanya kalau klinik kesihatan tempat kau orang ada kemudahan x-ray cepat saja selesai.

Kembali ke KKSE, pergi balik ke kaunter cakap dah selesai x-ray. Ambil nombor giliran, tunggu sampai nurse panggil untuk periksa tinggi, berat, tekanan darah. Lepas tu pergi periksa mata untuk ujian rabun warna bagai, pergi urinate, hantar sampel urin ke makmal, tunggu sampai giliran untuk jumpa doktor. Sembang-sembang dengan doktor sikit, doktor tengok balik x-ray tadi, periksa-periksa sikit, dan dah siap! Prosedur mungkin berbeza bagi setiap universiti. Mungkin ada IPT yang perlukan keputusan ujian darah, ujian kolestrol ke apa. Kalau UUM tu benda mudah saja yang mereka nak.

Rupa-rupanya sekejap saja nak buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan ni. Ke dekat KKSE saja yang cepat sebab kebetulan kena hari yang tak ramai orang? Hahaha.

Thursday, August 18, 2016

Step by Step for Registration - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Kali ni nak kongsikan persiapan saya menjelang hari pendaftaran program Ijazah Sarjana Pendidikan (Master of Education - English Language Teaching) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Diharapkan entri ni dapatlah berikan panduan sikit sebanyak kepada mereka yang berminat untuk memohon untuk sambung pengajian pada peringkat sarjana sebab bila dicari-cari dalam Google, sumber sangatlah terhad. Jadi macam saya, tak ada panduan langsung nak tanya siapa *nangis tepi dinding*.

Cara memohon untuk pengajian peringkat master ni saya ada kongsikan dalam entri yang lama (sebelum ditimpa kemalangan dan terpaksa tunda daftar master *nangis lagi* di sini http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2015/12/postgraduate-studies-2016.html. So far alhamdulillah mudah sangat berurusan dengan pihak graduate school sebab laju bab balas emel masa nak minta tunda sementer pengajian hehe.

So mari kita lihat step by step untuk hari pendaftaran.

Buat permohonan (checked)

Lepas hantar borang (online/manual), tunggulah dalam lagi sebulan dua sebelum buka semester baru untuk pihak graduate school hantar surat tawaran dan segala mak nenek borang yang perlu diisi. Kalau dah dekat dua-tiga minggu nak daftar kau orang masih tak terima jawapan ataupun sebarang surat tawaran, silalah hubungi graduate school yang berkenaan ya. Manalah tahu dia orang terlepas pandang ke apa. Bukannya kau orang saja yang mohon nak sambung master hahaha.



Isi borang 

Ini bahagian penting. Dalam banyak-banyak borang yang kau orang dapat tu (borang A, B, C, D dan E), ada satu borang namanya borang A yang perlu diisi dan dihantar balik kepada graduate school masing-masing dalam tempoh seminggu dari tarikh penerimaan. Tak hantar nanti pihak UUM ingat kau orang jual mahallah tak nak terima.

Wajib isi dan kembalikan pada graduate school. Hantar melalui
emel pun boleh.
Borang B - student's record - lebih kurang borang biodata diri saja
Borang C - letter of undertaking - kena ada tandatangan saksi. Saya minta tolong mak bawakan ke sekolah dan dapatkan tandatangan guru kanan sekolah beliau. Senang.
Borang D - student declaration - macam ada ikrar-ikrar sikit, kena tandatangan di hadapan registrar universiti.
Borang E - health examination report - borang medical check up, nanti dah ke klinik/hospital kerajaan tu sila bawa ya.

Semua jenis borang ni jangan lupa untuk dibawa masa hari pendaftaran. Termasuklah dengan segala dokumen yang diperlukan yang dicatat pada surat tawaran.

Pemeriksaan kesihatan 

Bahagian ni pun penting. Tapi puas jugalah nak memikirkan disebabkan confuse dekat mana patut pergi buat medical check up ni. Memang wajib hospital kerajaan saja ke atau boleh pergi klinik kesihatan kerajaan. Saya rujuk dalam admission booklet katanya hospital kerajaan ataupun private medical center tapi bila tengok di laman web UUM kata,

"Local candidates are required to undergo and pass a medical examination conducted by the University Health Centre (recommended) or a Government doctor before they are allowed to register as a UUM student.The report then has to be submitted to the University Health Centre, UUM. (sumber: http://www.hea.uum.edu.my/index.php/styles/medical-examination)

Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan kerajaan saja sebab lebih dekat dengan rumah dan tak ramai orang. Yang penting kerajaan hahaha. Boleh check gigi semua bagai di satu tempat cuma x-ray sajalah kena pergi Klinik Kesihatan Kangar sebab di Simpang Empat punya tak ada. Haraplah UUM boleh terima hahaha jangan suruh pergi buat balik sudah. Saya ada ceritakan prosedur pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan dalam entri ini (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2016/08/pemeriksaan-kesihatan-medical-check-up.html)

Nak lagi senang pergi terus Pusat Kesihatan UUM, bayar RM80. Tak payah buat appointment pun, pergi walk-in saja tapi janganlah pergi lambat sangat. 

Permohonan penginapan

Ya anak-anak sekalian jangan ingat kita sebagai postgraduate student ni automatik dapat duduk asrama tahu. Kena buat permohonan asing pula hahaha nasib baik tanya pihak Student Accommodation Center (SAC) kalau tak memang nganga sajalah. Asalnya memang nak ulang-alik dari rumah tapi memikirkan letih juga kalau kelas malam-malam jadi saya pun apply. 

Pergi ke laman web SAC dan muat turun postgraduate accommodation application form di sini (http://sac.uum.edu.my/index.php/2016-04-19-03-08-06/2016-04-19-03-39-23/accommodation-application-form-postgraduate-student). Tapi penempatan tu bergantung pada kekosongan. RM375 saja untuk satu semester hah murah gila berbanding UIA tu hahaha duduk berdua lagi tahu. Dekat UUM dia orang panggil DPP (Dewan Penginapan Pelajar) atau sekarang dah tukar rasanya pada INASIS (Inapan Siswa) hahaha bukan main kelas lagi nama. Untuk pelajar postgraduate kita akan ditempatkan di dua buah DPP iaitu Proton dengan Tradewinds (ni hasil Google, kalau salah, ampun!).

Siap isi borang, hantar balik pada pihak SAC. Mula-mula tu ingatkan dia orang akan hantar emel kita dapat DPP mana jadi saya pun tunggu punya tunggu, lepas tu saya telefon pihak SAC. Manalah tahu tak diluluskan ke bolehlah siap-siap cari rumah sewa di pekan Changlun tu hahaha. Dan pihak SAC maklumkan lepas daftar baru kena datang pejabat sana untuk daftar asrama pula.

Bayaran yuran

Bila dibuat perbandingan sebenarnya yuran untuk master di UUM ni agak murah berbanding di universiti lain. Yuran pendaftaran ni perlu diselesaikan sebelum hari pendaftaran sebab nanti kena tunjuk bukti pembayaran.

Jumlah yang perlu dibayar untuk pendaftaran,
tak campur dengan yuran asrama RM375 lagi
Cara nak bayar pun banyak wah bagus betul UUM ni sangat memudahkan para pelajarnya. Segala urusan pembayaran secara online terutamanya boleh dibuat di (http://e-com.uum.edu.my/bend/paymode.jsp). Boleh bayar secara FPX, kad kredit ataupun perbankan atas talian. Memang tak kuasa dahlah nak beratur di Bank Islam tu lepas ni hahaha.

Jangan lupa untuk cetak/simpan transaksi pembayaran tu dan serahkan pada hari pendaftaran.

Pendaftaran

Boleh baca catatan saya di sini (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2016/08/registration-day-master-of-education.html)

Setakat ni saja dulu. Jadi sementara kau orang sama-sama macam saya tengah menghitung detik nak mendaftar tu marilah kita sama-sama khatam admission booklet yang diemel. Jumpa Rabu (24/8/2016) nanti!

Tuesday, August 9, 2016

Temuduga Guru Sambilan MRSM

Assalamualaikum.

Isnin lepas (1/8/2016) tiba-tiba saja dapat panggilan daripada pejabat Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis. Tanya tentang status sekarang sama ada dah kerja atau belum. Siap tanya course di universiti lagi. Then, 

"Kalau proceed untuk mengajar Bahasa Inggeris di MRSM boleh?"

Tengah blur macam tu terus iyakan saja. 

Kemudian Jumaat lepas (5/8/2016), pihak MRSM Beseri pun telefon minta datang ke temuduga untuk jawatan guru sambilan Bahasa Inggeris. Hah sudah, dah mula kalut siapkan sijil-sijil yang penting, resume dan adalah sikit-sikit Google tentang dasar pendidikan MARA, tentang MRSM semua.

Tiba hari kejadian.

Waktu dijadualkan temuduga pukul 10.30 pagi, tapi sebelum pukul 10 pagi dah sampai, masuk pejabat tanya dekat mana tempat temuduga, then terus ke bilik mesyuarat MRSM Beseri. Sampai saja dekat situ rupanya ada ramai lagi calon untuk guru sambilan untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Bimbingan dan Kaunseling dan Kemahiran Hidup. Setiap subjek tu adalah dalam empat atau lima calon guru kecuali Kaunseling dan Kemahiran Hidup yang ada cuma tiga. 

Ingatkan dah sampai tu boleh terus mula temuduga, rupanya sesi untuk calon subjek Bahasa Melayu pun tak habis lagi. Jadi kita pun sembang-sembanglah dengan calon lain yang menunggu dekat luar juga. Kebanyakannya memang tak ada pengalaman mengajar kecuali seorang dua yang memang ada ijazah dalam bidang pendidikan dan pernah mengajar. Calon yang saya jumpa ada graduan lulusan UITM, UTM, UIA (senior saya), USIM dan UUM (yang sempat sembang-sembanglah). 

Nak dekat pukul 1 petang baru dipanggil masuk. Punyalah lama. Panel penemuduga tu terdiri daripada pengetua MRSM Beseri sendiri, yang seorang tu tak dapat dikenalpasti jawatannya, dan yang lagi seorang mungkin guru Bahasa Inggeris di situ. Semuanya lelaki.

"How long have you been waiting outside?"

Haha kita pun jawablah dah sampai MRSM sejak sebelum pukul 10 pagi lagi. Sambil-sambil tu dia orang belek fail sijil dengan resume, tanya soalan tentang latar belakang pendidikan, family dan macam-macam. Soalan mungkin ikut mood panel agaknya. Mujur tak kena tanya tentang MARA, dahlah baca pun main-main. Mungkin sebab ni untuk jawatan guru sambilan jadi tak adalah ketat sangat temuduganya. Satu tips, kalau masa belajar dulu ada ambil subjek berkaitan dengan subjek, bolehlah cuba promosi diri sikit. Contoh macam saya pernah ambil subjek Learning and Teaching English jadi bolehlah goreng untuk yakinkan panel. In case kena tanya kenapa nak jadi guru, jawab saja apa-apa yang boleh meyakinkan panel. Yang penting, yakin. Dan, senyum jangan lupa. Jangan buat muka ketat sangat hahaha.

Fasa kedua dalam temuduga ni semestinya bahagian mock teaching. Dia orang dah sediakan tiga buku teks Bahasa Inggeris untuk calon jadi bolehlah pilih nak mengajar topik apa. Saya pun selak-selaklah buku teks tingkatan satu, jumpa topik tentang health. Jadi mengajar tentang health. Anggap saja pengetua dan siapa yang ada dekat dalam bilik temuduga tu sebagai pelajar kita. Kena buat selamba sikit. Jangan malu-malu. Itu yang termengajar nak buat esei tentang health tu. Hahaha. Tengah syok mengajar, panel suruh berhenti. Habis sudah.

Untuk seterusnya, pengetua pun tanyalah lagi macam mana nak uruskan pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Untuk subjek-subjek yang lain pun, bagi saja jawapan yang ikhlas dari hati, Janji yakin. Kalau panel dah tak ada soalan lagi nak ditanya, kita pun boleh tanya balik. 

"What are your expectations towards all those candidates who come for the interview today?" 

Macam biasalah, pihak MRSM mahukan yang terbaik, yang boleh menyumbang sesuatu untuk sekolah terutamanya kepada pelajar MRSM sendiri. Haruslah, sekolah cemerlang katakan. Lepas tu bolehlah nak tambah-tambah sikit. Cakap saja, I will do my best to help students ke, not just contributing my time but also my money because I want to see students achieve blablabla hah goreng saja hahaha. 

Dalam 1.40 petang baru dapat keluar. Dan balik rumah. 

Sekarang dalam fasa menunggu sajalah keputusannya. Kalau ada rezeki, insha Allah MRSM Beseri aku datanglah. Kalau tak ada pun mungkin tu rezeki yang terbaik. 

Masa untuk fokus kembali persiapan untuk sambung master di UUM.